Majlis Penutup Modul Tekno Daie ADMY 2021

CYBERJAYA – Seramai 24 peserta Akademi Daei Muda YADIM (ADMY) 2021 menamatkan Modul Tekno Daei di  Universiti Multimedia (MMU) di sini pada 02 Disember. Program yang berlangsung selama dua minggu bermula 22 November hingga 2 Disember itu sarat dengan pelbagai teknik dan pembelajaran berteraskan teknologi. Presiden MMU Prof. Dato’ Dr. Mazlizam Mohd Su’ud dalam ucapannya, […]

Daie Muda YADIM penerus legasi dakwah Islamiah

HULU LANGAT – Program Akademi Daie Muda YADIM (DMY) diharapkan dapat melahirkan para daie yang mampu mengajak ummah melakukan kebaikan selari dengan slogan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) “Fastabiqul Khairat, Mengejar Kebaikan”. Dengan menggunakan konsep Tekno Daie, ia jelas menunjukkan penguasaan kemahiran berteknologi, khususnya media sosial penting bagi setiap peserta dalam menyampaikan dakwah pada zaman […]

21 DMY tamatkan kursus Tekno Daie di MMU

CYBERJAYA – Seramai 21 pelatih Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) telah menamatkan kursus Tekno Daie selama lima hari di Universiti Multimedia (MMU) di sini. Kursus bertujuan melahirkan pendakwah muda yang mahir menerbitkan video itu dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama MMU dan TV Al Hijrah bermula 22 Jun. Dalam majlis penutupan […]

Pencarian DMY diteruskan

PUTRAJAYA – Anda petah berkata kata dan ada aura serta gaya seorang pemimpin ? Beraspirasi untuk berdakwah dalam persekitaran dunia penuh cabaran ini ? Jika ya, maka anda lah yang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) cari sebagai Daie Muda YADIM (DMY). Sebagai DMY anda bukan sahaja berperanan berdakwah secara konvensional, malah sebagai daie gerak kerja […]

Bengkel Strategik Tekno Daie 2019 YADIM – MMU

BANGI – Dalam usaha meningkatkan penyebaran dakwah melalui platform digital seperti media sosial, laman web dan sebagainya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Bengkel Strategik Tekno Daie 2019 dengan kerjasama Universiti Multimedia (MMU), baru-baru ini. Bengkel berkenaan telah disertai oleh pegawai-pegawai YADIM termasuk dari kalangan Pengarah Kanan, Pengarah dan Penolong Pengarah serta kakitangan dari […]

16 pelatih DMY 2019 tamatkan latihan

SEMUNGKIS – Seramai 16 orang peserta Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) menamatkan latihan mereka hari ini (1 Ogos) selepas tiga bulan menjalani latihan. Mereka diraikan dalam satu majlis di Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) di sini, yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Yunus. Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang […]