Home » Citra Yadim » 16 pelatih DMY 2019 tamatkan latihan

16 pelatih DMY 2019 tamatkan latihan

Pelatih DMY 2019 bersama penyelaras program berkenaan

SEMUNGKIS – Seramai 16 orang peserta Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) menamatkan latihan mereka hari ini (1 Ogos) selepas tiga bulan menjalani latihan.

Mereka diraikan dalam satu majlis di Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) di sini, yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Yunus.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Shamsul Ma’arif Ismail, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah ILDAN, Mohd Khairrul Fuad Samsuddin, wakil wakil rakan rakan strategik serta pegawai dan kakitangan YADIM.

Kesemua pelatih ini merupakan pemimpin badan badan mahasiswa di institusi pengajian tinggi mereka sebelum ini, selain turut aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Program DMY berhasrat melahirkan Tekno Daie profesional, berdaya maju, menyumbang kepada masyarakat  dan menyebarluaskan gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Pada masa yang sama, program ini dibentuk agar para pesertanya kelak mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka.

Sepanjang tiga bulan menjadi pelatih DMY, mereka telah diberikan pelbagai latihan teori dan praktikal menerusi lima modul untuk menjadi pendakwah, selain didedahkan dengan pengalaman sebenar di lapangan.

Lima modul berkenaan ialah Mind Setting, Soft Skill, Perlembagaan,Penguasaan Dakwah serta Sosial dan Masyarakat.

Latihan kepada peserta DMY turut mendapat kerjasama beberapa badan seperti Global Peace Mission Malaysia, Hidayah Center Foundation, Yayasan Kebajikan Negara, Anjung Singgah Kuala Lumpur dan Raudhatul Sakinah.

Badan badan ini menjadi tempat para pelatih ditempatkan bagi membolehkan mereka merasai suasana sebenar sebagai pendakwah.

Dalam pada itu, Mohamad Haeqal Ishak dipilih sebagai pemenang Anugerah Keseluruhan Tekno Daie Lelaki, manakala kategori wanita dimenangi oleh Nur Ain Shuib.

Mohamad Haeqal ketika ditemui selepas majlis berkata, beliau merasakan perubahan dalam dirinya selepas menjalani latihan berkenaan.

Jelasnya, selepas tiga bulan, dia kini mempunyai sudut pandang mengenai dakwah yang lebih luas, selain mendapat pendedahan yang sebelum ini tidak diketahuinya.

Nur Ain pula mmberitahu, dia sememangnya mempunyai minat untuk berdakwah di lapangan, justeru memilih menyertai DMY kerana selain memberi latihan, ia membuka peluang kepadanya berbuat demikian.

Senarai pemenang anugerah sempena Graduasi DMY 2019

Anugerah Keseluruhan Tekno Daie Lelaki – Mohamad Haeqal Ishak
Anugerah Keseluruhan Tekno Daie Wanita – Nur Ain Shuib
Anugerah Akademik Muadib – Nurul Asyikin Zakaria
Anugerah Penulisan Kreatif – Mohamad Zaiful Faizal Mohd Hassan
Anugerah Kepimpinan Murobbi – Nuuh Muhamad Idris

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *