Home » Citra Yadim » Majlis Penutup Modul Tekno Daie ADMY 2021

Majlis Penutup Modul Tekno Daie ADMY 2021

CYBERJAYA – Seramai 24 peserta Akademi Daei Muda YADIM (ADMY) 2021 menamatkan Modul Tekno Daei di  Universiti Multimedia (MMU) di sini pada 02 Disember.

Program yang berlangsung selama dua minggu bermula 22 November hingga 2 Disember itu sarat dengan pelbagai teknik dan pembelajaran berteraskan teknologi.

Presiden MMU Prof. Dato’ Dr. Mazlizam Mohd Su’ud dalam ucapannya, menyatakan hubungan rapat antara YADIM dengan MMU perlu dipertingkatkan lagi dalam usaha penerus dakwah melalui isi kandungan dan teknologi terkini disamping menambah pengetahuan para pendakwah celik teknologi maklumat supaya dakwah kini setanding dengan karya-karya diluar sana seterusnya dapat menarik minat para pendengar atau penontonnya. 

Yang Dipertua YADIM Ustaz Nasrudin Hassan pula berkata , saingan teknologi digital harini menuntut kepada kepakaran dan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi.

Ianya perlu seiring dengan pendekatan yang menepati keperluan semasa, ujarnya.

“Semoga dengan penerokaan dakwah bil-hikmah ini para peserta ADMY 2021 memperoleh hasil yang baik sehingga nantinya dapat diterjemah dalam kehidupan sebagai daei yang sebenar diluar sana.

“Jika dilihat kecenderungan masyarakat hari ini terhadap perkembangan Islam melalui kaedah filem yang berlatarkan pejuang-pejuang Islam yang mana kini giat dipelopori oleh pengkarya negara Turki.

Diharap para peserta dapat mendapat satu inspirasi daripada karya hebat peringkat antarabangsa ini, ” kata beliau.

Ustaz Nasrudin juga berkata, riak peserta ADMY 2021 kelihatannya tidak mahu pulang kerana girang menimba ilmu di MMU.

Dalam majlis sama,  turut diumumkan pemenang hasil karya kreatif para peserta sepanjang di MMU. Mereka menerima sijil penghargaan menandakan tamatnya Modul Tekno Daei.

Hadir sama pada majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten Samsuddin Moner, dan Ketua Projek Modul Tekno Daei MMU, Muhammad Syahmi Abd Aziz.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *