Home » Citra Yadim » Bengkel Strategik Tekno Daie 2019 YADIM – MMU

Bengkel Strategik Tekno Daie 2019 YADIM – MMU

BANGI – Dalam usaha meningkatkan penyebaran dakwah melalui platform digital seperti media sosial, laman web dan sebagainya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Bengkel Strategik Tekno Daie 2019 dengan kerjasama Universiti Multimedia (MMU), baru-baru ini.

Bengkel berkenaan telah disertai oleh pegawai-pegawai YADIM termasuk dari kalangan Pengarah Kanan, Pengarah dan Penolong Pengarah serta kakitangan dari Bahagian Media dan Teknologi Dakwah.

Pada bengkel berkenaan, kakitangan YADIM telah diberikan bimbingan oleh tenaga-tenaga pakar daripada MMU yang sememangnya terkenal sebagai sebuah institusi terkehadapan dari aspek multimedia dan animasi.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr. Muhammad Razak Idris ketika ucapannya menyatakan pihak YADIM berharap MMU dapat membantu YADIM mencari satu cara terbaik dalam menggunakan multimedia bagi menyampaikan dakwah.

Beliau berkata, YADIM percaya dengan kepakaran MMU, mampu membantu YADIM mencari solusi bagi meningkatkan penggunaan multimedia dalam penyampaian dakwah.

Antara lain, objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan pelbagai aspek agenda tekno daie YADIM agar mesej rahmatan lil alamin dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

Bengkel berkenaan juga bertujuan mengenal pasti sumber tenaga mahir tertentu untuk menjayakan agenda tekno-daie YADIM melalui kolaborasi strategic MMU dan pelbagai pihak.

Selain itu, bengkel ini diharapkan dapat melaksanakan projek agenda tekno daie YADIM melalui pelbagai platform digital organisasi dan rangkaian strategic pemegang taruh di segenap peringkat seluruh negara.

Bengkel ini ditutup dengan rasminya oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *