Garis panduan suntikan vaksin Covid-19 ketika Ramadan akhir bulan ini

NILAI – Garis panduan dan hukum pengambilan suntikan vaksin Covid-19 ketika Ramadan dijangka dikeluarkan pada hujung bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, panduan itu bagi memberi pemahaman kepada umat Islam mengenai hukum pengambilan vaksin ketika sedang berpuasa berikutan orang awam dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 […]

Jemaah haji perlu divaksin

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bakal jemaah haji pada tahun ini perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti. Rabiah bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi […]

YADIM bantu beri kefahaman imunisasi vaksin

TANAH MERAH –  Kerajaan menggunakan pelbagai medium untuk memberi kefahaman kepada masyarakat bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat dijayakan sepenuhnya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, program itu digerakkan dengan kerjasama pelbagai agensi melalui pelbagai medium seperti media sosial dan arus perdana bagi mengelak kekeliruan […]

Dr Zulkifli terima suntikan vaksin COVID-19 esok

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 esok (26 Februari) selepas solat Jumaat. Zulkifli menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya, beliau turut menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia serta warga lain untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin itu agar terlindung […]

Hukum Pengambilan Vaksin Harus

PUTRAJAYA – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersetuju mengguna pakai resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan. Menurut kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Haji Abdullah, PMWP menzahirkan sokongan sepenuhnya pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan […]

Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan

SEREMBAN – Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, akan membincangkan mengenai garis panduan pengambilan vaksin bagi umat Islam, ketika bulan Ramadan nanti. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, panduan itu akan diumumkan setelah perbincangan mendalam dilakukan bersama semua pihak, dalam mesyuarat […]

Penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan. Ketetapan itu dibuat menerusi mesyuarat kali ke-10 jawatankuasa berkenaan pada 3 Disember lalu. Jabatan Perdana Menteri, berkata penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam […]

Fatwa vaksin COVID-19: Kerajaan masih tunggu perkenan Agong

PUTRAJAYA – Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung fatwa penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai fatwa vaksin COVID-19 itu […]

Vaksin COVID-19 perlu rujuk Majlis Fatwa Kebangsaan

KOTA BHARU –  Kerajaan Kelantan berharap kajian terperinci dilakukan selain merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan vaksin COVID-19 menepati syarak, sebelum ia dapat digunakan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu penting bagi mengelak berlaku sebarang polemik. “Ada dalam masyarakat yang tolak terus vaksin ini tetapi bagi saya ini tidak tepat […]

Kerajaan pastikan vaksin Covid-19 selamat, halal

SHAH ALAM – Malaysia akan memastikan vaksin koronavirus (Covid-19) yang akan diterima daripada mana-mana negara pengeluar adalah selamat dan halal untuk digunakan oleh rakyat di negara ini. Penasihat Khas Kesihatan Awam Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, kedua-dua perkara itu menjadi asas terpenting yang akan dinilai sebelum menerima vaksin daripada negara pengeluar […]