Home » Langit Terbuka » Dr Zulkifli terima suntikan vaksin COVID-19 esok

Dr Zulkifli terima suntikan vaksin COVID-19 esok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia serta warga lain untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin itu agar terlindung daripada wabak COVID-19. - Foto UmmahToday

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 esok (26 Februari) selepas solat Jumaat.

Zulkifli menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya, beliau turut menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia serta warga lain untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin itu agar terlindung daripada wabak COVID-19.

“Vaksin Pfizer-BioNTech telah sampai ke negara kita dan semalam, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah mengambil suntikan vaksin, begitu juga Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah) dan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan. Insya-Allah, saya akan mengambilnya esok selepas solat Jumaat.

“Melalui pengambilan vaksin ini, ia merupakan perkara yang amat baik berdasarkan kepada rekod dan catatan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia serta perakuan daripada badan-badan kesihatan dunia dan juga negara akan keperluan pengambilan vaksin COVID-19,” menurutnya dalam hantaran itu.

Pada 5 Oktober tahun lepas, beliau telah disahkan positif COVID-19 dan dibenarkan keluar dari wad pada 14 Oktober selepas pulih setelah menjalani rawatan. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *