Jemaah haji digesa terima vaksin sedia ada

BAGAN SERAI – Jemaah haji di negara ini digesa menerima vaksin sedia ada yang diberikan oleh kerajaan susulan pengiktirafan lebih banyak jenis vaksin oleh kerajaan Arab Saudi.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kesempatan itu harus diambil oleh jemaah umrah dan haji untuk menerima […]

Cadangan masjid dibuka kepada individu lengkap dua dos vaksin

KOTA BHARU –  Kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) supaya masjid dibuka kepada jemaah yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, ia berikutan individu lengkap dua dos suntikan vaksin berisiko lebih rendah daripada segi […]

Jangan beri alasan remeh elak vaksin – Mufti Kedah

Alor Setar: Orang ramai diingatkan agar tidak memberi alasan remeh untuk tidak hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kerana ia akan menimbulkan kesulitan kepada pihak lain. Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, ini kerana agama menuntut umat Islam untuk melindungi diri daripada sesuatu yang memudaratkan seperti virus Covid-19. Beliau berkata, ia antara lima maqasid […]

Terengganu mahu buka kaunter beri vaksin di masjid

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu berhasrat membuka kaunter pemberian vaksin COVID-19 di sebuah masjid setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memudahkan orang ramai menerima suntikan itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata pelaksanaan itu bagaimanapun perlu mengambil kira masalah berkaitan aspek kekangan tenaga kerja Kementerian Kesihatan […]

Ulama dunia sependapat ambil vaksin COVID-19 penting, harus – Mufti Kelantan

KOTA BHARU- Ulama di seluruh dunia sependapat bahawa pengambilan vaksin COVID-19 adalah penting dan harus bagi mencegah penularan wabak itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Malah katanya, semua jemaah haji diwajibkan mengambil vaksin COVID-19 sebelum dapat menunaikan ibadah berkenaan di Tanah Suci Makkah pada tahun ini. Beliau menjelaskan, jemaah ke Tanah Suci Makkah […]

Umat Islam mula tunaikan ibadat umrah

MAKKAH – Jemaah umrah yang sudah diimunisasi bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan pandemik Covid-19 pada Selasa mula mengerjakan ibadat sunah itu pada hari pertama umat Islam berpuasa di Makkah, Arab Saudi. Menurut AFP, kumpulan jemaah itu memakai pelitup muka memasuki Masjidil Haram mengikut kumpulan masing-masing dan mengelilingi Kaabah dengan mengekalkan jarak antara satu sama […]

Makkah sedia terima jemaah umrah yang sudah divaksin

JEDDAH – Makkah bersedia untuk menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Perkara itu diumumkan pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal pada Rabu. Putera Khaled yang juga pengerusi jawatankuasa itu […]

Bayaran tunai haji tahun ini belum ditetapkan

KUALA LUMPUR – Bayaran yang akan ditanggung bakal jemaah haji bagi tahun ini masih belum ditetapkan walaupun kos mengerjakan haji meningkat kira-kira sembilan peratus, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berkata, antara factor peningkatan kos it adalah berikutan caj cukai nilai tambah yang dinaikkan kerajaan […]

Suntikan vaksin Covid-19 ketika Ramadan adalah harus, kata Menteri

PORT DICKSON – Suntikan vaksin Covid-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan perkara itu dua bulan lepas. “Untuk vaksin Covid-19, kita putuskan dalam majlis fatwa […]

KKM mampu kendali vaksin COVID-19 untuk jemaah haji

PUTRAJAYA – Fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengendalikan pemberian vaksin COVID-19 kepada jemaah haji Malaysia jika ibadah haji dibenarkan tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang akan diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi. “Sekiranya ibadah haji boleh dilaksanakan tahun ini, jumlah jemaah terbabit adalah antara 30,000 […]