Home » Langit Terbuka » Sultan Johor bayar zakat RM5 juta

Sultan Johor bayar zakat RM5 juta

Selain membayar zakat, baginda turut turut berkenan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan Wakaf Surau Dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing. - Foto Royal Press Office Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun 2019.

Pembayaran zakat tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini (20 Mei).

Majlis tersebut dikongsi dalam posting menerusi Facebook rasminya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Memetik posting tersebut, baginda Tuanku berkenan menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadot.

Turut hadir menyaksikan pembayaran zakat tersebut adalah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Selain itu, pada majlis sama, Sultan Johor turut berkenan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan Wakaf Surau Dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *