Zakat fitrah di WP melonjak naik 1,100 peratus

PUTRAJAYA – Kutipan zakat fitrah oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan terus meningkat setiap tahun apabila melonjak naik sehingga 1,100.06 peratus pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagi zakat harta pula, kenaikannya adalah dan 8.05 peratus. Beliau berjanji zakat itu akan dibelanjakan […]

Lebih ramai boleh bersolat jemaah

PETALING JAYA – Putrajaya secara dasarnya bersetuju memberi lebih kelonggaran untuk umat Islam menunaikan solat berjemaah, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Kalau dulu dihadkan kepada 30 orang sahaja, tetapi tadi kita bersetuju berdasarkan keluasan masjid. Asalkan ada penjarakan sosial dalam masjid, maka tidak ada halangan untuk orang ramai melakukan solah secara […]

Solat Jumaat, berjemaah dibenarkan di masjid, surau di beberapa negeri hari ini

KUALA LUMPUR – Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, umat Islam hari ini (15 Mei) dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau. Bagaimanapun, buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal […]

Umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh solat Jumaat, berjemaah esok

PUTRAJAYA – Semua masjid, Surau Jumaat dan surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Wilayah Persekutuan mulai esok (15 Mei). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, lain-lain solat secara berjemaah di masjid, […]

Boleh mohon zakat kecemasan MAIWP

KUALA LUMPUR – Golongan yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan boleh memohon Bantuan Zakat Kecemasan yang disediakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula hari ini (13 April). MAIWP memaklumkan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula jam 8 pagi melalui laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my. MAIWP turut mengingatkan mereka yang sudah […]

Mufti Wilayah Persekutuan dilantik menteri

PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama di negara ini dilantik menganggotai barisan jemaah Kabinet. Agamawan kelahiran Terengganu itu akan menganggotai barisan Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan barisan anggota Kabinet baharu […]

Program ‘Smart Camp, Strive To Success’ KEMUDA

HULU LANGAT – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus bergerak menyantuni generasi muda dengan penganjuran program program yang bermanfaat untuk mereka. Terbaharu pada 7 Mac, bertempat di Kem King Fisher di sini , KEMUDA telah menganjurkan program ‘Smart Camp, Strive To Success’. Diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan Persatuan Belia […]

The Herald tidak dibenarkan guna kalimah Allah

PUTRAJAYA 21 Jan. – Pertikaian isu kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan bahasa Melayu dimuktamadkan apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh Gereja Roman Katolik. Ini bermakna pihak gereja dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu dalam penerbitan The Herald versi bahasa Melayu sebagaimana yang diputuskan […]