Home » Langit Terbuka » Boleh mohon zakat kecemasan MAIWP

Boleh mohon zakat kecemasan MAIWP

MAIWP berharap bantuan yang disalurkan dapat meringakan beban asnaf di Wilayah Persekutuan. - Foto MAIWP

KUALA LUMPUR – Golongan yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan boleh memohon Bantuan Zakat Kecemasan yang disediakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula hari ini (13 April).

MAIWP memaklumkan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula jam 8 pagi melalui laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my.

MAIWP turut mengingatkan mereka yang sudah memohon bantuan itu secara WhatsApp melalui talian hotline yang disediakan sebelum ini supaya tidak lagi mengisi borang secara dalam talian berkenaan.

“Ini bagi mengelakkan pertindihan maklumat, yang boleh menyebabkan permohonan ditolak.

“Semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan,” kata MAIWP dalam satu kenyataan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *