Sumbangan Makanan Asas Untuk Kampung Darat, Sungai Ular

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 10 Julai telah menyantuni 20 penduduk Kampung Darat, Sungai Ular di sini yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Surau Pok Long Sohor, Sungai Ular. Bantuan Kit Musa’adah YADIM berupa makanan asas antaranya beras, gula, tepung, bihun serta ayam sejuk beku dan […]

Tujuh keluarga terima sumbangan YADIM Pahang

KUANTAN – Seorang ibu tunggal bersama tiga orang anak menetap bersama ibunya yang juga seorang ibu tunggal dan turut menjaga neneknya warga emas serta ayah saudaranya yang merupakan orang kurang upaya (OKU). Dalam kesukaran, wanita itu menghubungi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang memohon bantuan pek makanan asas, lampin pakai buang untuk anak kecil dan […]

Sumbangan untuk kanak kanak pengidap Severe Laryngomalacia

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah dihubungi oleh warga Felda Bukit Sagu 1 di sini berkaitan seorang kanak-kanak pengidap Severe Laryngomalacia yang memerlukan tiub baru untuk kegunaannya. Ia kerana tiub yang kini digunakannya sudah lama tidak ditukar sehingga menyebabkan mulutnya mula berbau. Severe Laryngomalacia mengakibatkan pengidapnya bernafas dengan bunyi yang kuat, selain […]

Pesakit buah pinggang, OKU, peniaga pasar malam antara disantuni YADIM Pahang

PEKAN – Semakin hari, semakin ramai golongan terjejas berikutan PKP 3.0 kerana halangan untuk keluar bekerja telah membataskan mereka daripada memperoleh pendapatan untuk menyara hidup. Menyedari situasi yang semakin serius ini,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang menerusi Koordinator Sukarelawan YADIM (SAY) Parlimen Pekan, Ustaz Sayuti Osman bersama pasukannya menggiatkan lagi usaha untuk mencari golongan […]

SAY Indera Mahkota santuni warga Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh

KUANTAN – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih diteruskan menyebabkan ramai pihak semakin memerlukan perhatian. Di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah menggerakkan ahli Sukarelawan YADIM (SAY) ke seluruh negeri untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan. Terbaharu pada 27 Jun, SAY Indera Mahkota telah menyantuni 10 keluarga yang terkesan dengan PKP […]

Lampin pakai buang dan susu formula untuk ibu tunggal di Bukit Setongkol

KUANTAN – Membesarkan dua anak kecil tanpa suami dan pada masa yang sama menjaga ayah yang mengidap Parkinson bukan satu tugas mudah. Namun itulah yang dihadapi oleh Norlizawati Yazid di Bukit Setongkol di sini. Bagi meringankan sedikit beban ibu tunggal yang masih mencari pekerjaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 24 Jun telah […]

Sumbangan pek makanan untuk warga Temerloh

TEMERLOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah dihubungi wakil Pertubuhan Angkatan Bahaman Temerloh yang memohon sumbangan 20 pek makanan asas untuk diagihkan kepada warga setempat yang terkesan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar kawasan ini. Atas semangat kesukarelawanan dan membantu sesama organisasi, YADIM Pahang melalui wakil Sukarelawan YADIM Temerloh, Ustaz Zarimi Abu Zih […]

Sumbangan 630 naskhah Al-Qur’an kepada JAIP bagi kegunaan PKRC

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang meneruskan usaha membantu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam menyumbang naskhah Al-Quran bagi kegunaan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid (PKRC) negeri ini. Pada 22 Jun, sebanyak 630 naskhah Al-Quran diserahkan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok kepada Pegawai JAIP Ustaz Mohd Razi Mohd Zin. Naskhah […]

Sumbangan Katil Pesakit Kepada Warga Felda Bukit Goh

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini dihubungi oleh Guru Besar SAR Kafa (F) Bukit Sagu 2/3, Ustaz Wan Mohd Zailani Wan Yusuf, mengenai seorang warga Felda Bukit Goh di sini yang mengidap sakit buah pinggang kritikal dan memerlukan katil pesakit. Prihatin dengan situasi tersebut, YADIM Pahang dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan […]

200 bakul makanan untuk pemandu pelancong Taman Negara

KUALA TAHAN – Pelancongan merupakan antara industri yang paling teruk terjejas akibat Covid-19. Sehingga kini, begitu sedikit aktiviti dalam sektor ini yang dibuka menyebabkan para pekerjanya sangat terkesan dengan keadaan ini. Para pemandu pelancong di Taman Negara di sini, adalah antara mereka yang termasuk dalam golongan ini. Prihatin dengan keadaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia […]