Home » Citra Yadim » Sumbangan Katil Pesakit Kepada Warga Felda Bukit Goh

Sumbangan Katil Pesakit Kepada Warga Felda Bukit Goh

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini dihubungi oleh Guru Besar SAR Kafa (F) Bukit Sagu 2/3, Ustaz Wan Mohd Zailani Wan Yusuf, mengenai seorang warga Felda Bukit Goh di sini yang mengidap sakit buah pinggang kritikal dan memerlukan katil pesakit.

Prihatin dengan situasi tersebut, YADIM Pahang dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) Cawangan Pahang telah mengusahakan sumbangan sebuah katil pesakit bernilai RM2800 untuk kegunaan pesakit berkenaan.

Sumbangan katil berkenaan telah diserahkan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok kepada pesakit tersebut, Fatimah Jusoh, 70, di kediamannnya di sini pada 22 Jun.

Fatimah kini mengidap sakit buah pinggang tahap lima mengakibatkannya sukar sukar bergerak sejak setahun lalu.

Turut hadir ketika ialah Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang, Dr Amirul Mukmin dan Ustaz Wan Mohd Zailani, seorang aktivis yang aktif dalam kerja kerja kebajikan di kawasan ini.

PAPISMA adalah rakan strategik badan bukan kerajaan YADIM Pahang yang dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional bidang kesihatan.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *