Home » Citra Yadim » Sumbangan 630 naskhah Al-Qur’an kepada JAIP bagi kegunaan PKRC

Sumbangan 630 naskhah Al-Qur’an kepada JAIP bagi kegunaan PKRC

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang meneruskan usaha membantu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam menyumbang naskhah Al-Quran bagi kegunaan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid (PKRC) negeri ini.

Pada 22 Jun, sebanyak 630 naskhah Al-Quran diserahkan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok kepada Pegawai JAIP Ustaz Mohd Razi Mohd Zin.

Naskhah Al-Quran tersebut diperolehi atas sumbangan ramai menerusi badan bukan kerajaan Iman Care yang disampaikan oleh penyelaras Iman Care Pahang, Helmi Ibrahim kepada YADIM Pahang.

YADIM Negeri Pahang berharap semoga kerjasama erat antara agensi dan NGO ini akan dapat diteruskan dalam pelbagai bentuk aktiviti pada masa-masa akan datang demi kesuburan dakwah di negeri Pahang khasnya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *