Home » Citra Yadim » Pesakit buah pinggang, OKU, peniaga pasar malam antara disantuni YADIM Pahang

Pesakit buah pinggang, OKU, peniaga pasar malam antara disantuni YADIM Pahang

PEKAN – Semakin hari, semakin ramai golongan terjejas berikutan PKP 3.0 kerana halangan untuk keluar bekerja telah membataskan mereka daripada memperoleh pendapatan untuk menyara hidup.

Menyedari situasi yang semakin serius ini,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang menerusi Koordinator Sukarelawan YADIM (SAY) Parlimen Pekan, Ustaz Sayuti Osman bersama pasukannya menggiatkan lagi usaha untuk mencari golongan terjejas bagi tujuan menyantuni mereka.

Pada 30 Jun, SAY Parlimen Pekan telah menyampaikan sumbangan pek makanan asas kepada 10 buah keluarga B40 di Taman Indera Sempurna di sini. Sebuah keluarga yang mempunyai empat orang anak Orang Kelainan Upaya merupakan antara penerima sumbangan tersebut.

Pada hari yang sama, Koordinator SAY Maran, Ustaz Mohd Ridho Abdul Rafar ditemani oleh Ustaz Abd Latif juga merupakan ahli SAY menyampaikan bantuan kepada 10 orang penerima yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti warga emas, peniaga pasar malam, pemandu teksi dan juga yang sedang berkuarantin.

Salah seorang daripada 10 penerima tersebut mengalami sakit buah pinggang dan sedang mendapatkan rawatan dialisis. Pada masa yang sama juga, beliau disahkan positif Covid-19 dan keluarganya sedang dikuarantin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *