Ziarah Kasih Kampung Kenang Kenangan

TONGOD – Usaha menyampaikan dakwah dan menyantuni masyarakat pedalaman di negeri ini sememangnya bukan mudah. Tetapi ia tidak menjadi penghalang kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah yang melaksanakan program Ziarah Kasih ke Kampung Tongod di sini. Perjalanan ke kampung ini memakan masa dua jam dari pekan Tongod dan mencecah enam jam dari Kota Kinabalu. […]

YADIM Sabah terus santuni nelayan yang memerlukan

SIPITANG – Usaha menyantuni keluarga nelayan yang memerlukan di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah diteruskan ke daerah ini. Pada 31 Mac, seramai 100 keluarga nelayan menerima sumbangan YADIM Sabah menerusi Program Sumbangan Musaádah Nelayan Pesisir Pantai Daerah Sipitang di sini. Keluarga nelayan yang terjejas menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan […]

Ramah mesra pelbagai kaum di Kampung Telibong

TUARAN – Gerak kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  menyantuni semua lapisan masyarakat. Sesuai dengan itu, satu majlis ramah mesra telah diadakan di Kampung Telibong di sini yang dihadiri 20 keluarga daripada pelbagai kaum pada 28 Mac. Meskipun hanya dua wakil keluarga  yang hadir adalah Muslim, kesemua mereka yang hadir tetap disantuni menerusi pemberian barangan […]

YADIM Sabah bantu sumbang Teratak Prihatin di Kampung Lubok Weston

BEAUFORT – Satu lagi projek kediaman Teratak Prihatin berjaya dilaksanakan di negeri ini yang menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah terlibat sama menjayakannya. Kediaman tiga bilik di Kampung Lubok Weston ini menelan belanja RM40,000 yang diusahakan bersama oleh YADIM Sabah, Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan serta Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Yang Berhormat […]

YADIM Sabah – Bundle Mania santuni mangsa kebakaran Pulau Gaya

KOTA KINABALU – YADIM Sabah terus konsisten menyantuni golongan yang memerlukan di negeri tersebut. Pada 20 Mac, sejumlah 73 keluarga mangsa kebakaran Pulau Gaya disantuni menerusi pemberian kit kebersihan dan pakaian terpakai. Program ini diadakan dengan kerjasama kedai pakaian terpakai, Bundle Mania yang menyumbang 40 pek bakul makanan, 12 kotak minyak masak dan satu pek […]

Teratak Prihatin bersama anggota 5 Briged Kem Lok Kawi di Kampung Saab

PITAS – Selepas Kampung Kotabungan di Kota Belud sebelum ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysa (YADIM) Sabah sekali lagi bekerjasama dengan Tentera Darat dari 5 Briged Kem Lok Kawi menerusi Projek Jiwa Murni untuk menyantuni penduduk yang memerlukan di sini. Penyerahan kunci rumah Teratak Prihatin di Kampung Saab di sini pada 18 Mac, disempurnakan oleh Panglima […]

Kunjung hormat kepada Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyatakan komitmen dan terus menyokong inisiatf Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah menyantuni rakyat di negeri ini. Dalam kunjungan hormat YADIM kepada beliau di sini pada 11 Mac,  beliau juga memaklumkan sentiasa mengikuti perkembangan badan dakwah ini. YADIM diwakili […]

YADIM Peduli di Pulau Terusan

SANDAKAN –  Seramai 130 keluarga di Pulau Terusan, Sugut menerima manfaat daripada program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli di sini pada 10 Mac. Dalam program yang dianjurkan secara bersama oleh YADIM dengan Polis Marin, Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Radio Televisyen Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, kesemua yang disantuni […]

YADIM Sabah santuni pengawal keselamatan Sipitang

SIPITANG – Merekalah yang kerap dimarahi, dipersalahkan, menjadi mangsa cacian, sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mengawal keselamatan premis tempat bertugas. Dari satu sudut, mereka juga petugas barisan hadapan menjaga keselamatan dan kesihatan orang lain, walaupun sebenarnya pendapatan yang diraih tidak seberapa. Merekalah pengawal keselamatan. Peranan pengawal keselamatan sangat besar, namun jarang sekali diketengahkan. Bagi menghargai […]

100 Penghantar Foodpanda disantuni

SANDAKAN – Nasib penghantar Foodpanda di negeri ini terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah. Pada 9 Mac, seramai 100 penghantar berkenaan disantuni YADIM menerusi pemberian barangan keperluan harian.  Pada masa yang sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hamsan Ag Supain, yang hadir sama ke majlis […]