Home » Citra Yadim » Teratak Prihatin bersama anggota 5 Briged Kem Lok Kawi di Kampung Saab

Teratak Prihatin bersama anggota 5 Briged Kem Lok Kawi di Kampung Saab

PITAS – Selepas Kampung Kotabungan di Kota Belud sebelum ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysa (YADIM) Sabah sekali lagi bekerjasama dengan Tentera Darat dari 5 Briged Kem Lok Kawi menerusi Projek Jiwa Murni untuk menyantuni penduduk yang memerlukan di sini.

Penyerahan kunci rumah Teratak Prihatin di Kampung Saab di sini pada 18 Mac, disempurnakan oleh Panglima 5 Briged Kem Lok Kawi, Brigadier Jeneral Zambery Jefry Haji Darus.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pegawai Daerah Pitas, Tuan Haji Bakri Nanun dan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Kediaman yang dibina dalam tempoh 24 hari ini menjelan belanja RM20,000 dengan sumbangan YADIM sebanyak RM10,000 dan selebihnya ialah infaq orang ramai.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *