Home » Citra Yadim » YADIM Sabah terus santuni nelayan yang memerlukan

YADIM Sabah terus santuni nelayan yang memerlukan

SIPITANG – Usaha menyantuni keluarga nelayan yang memerlukan di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah diteruskan ke daerah ini.

Pada 31 Mac, seramai 100 keluarga nelayan menerima sumbangan YADIM Sabah menerusi Program Sumbangan Musaádah Nelayan Pesisir Pantai Daerah Sipitang di sini.

Keluarga nelayan yang terjejas menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Sipitang, Yang Berhormat Hafez Yamani Tan Sri Musa.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Sipitang, Jeffery Yusof,  Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Supritendan Champin Piuh dan Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ustaz Ramlee Haji Daud.

YADIM Sabah sebelum ini pernah menyantuni nelayan yang terkesan dengan Covid-19 di Kuala Penyu, Kuala Papar dan Matunggong.

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *