Home » Citra Yadim » YADIM Sabah bantu sumbang Teratak Prihatin di Kampung Lubok Weston

YADIM Sabah bantu sumbang Teratak Prihatin di Kampung Lubok Weston

BEAUFORT – Satu lagi projek kediaman Teratak Prihatin berjaya dilaksanakan di negeri ini yang menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah terlibat sama menjayakannya.
Kediaman tiga bilik di Kampung Lubok Weston ini menelan belanja RM40,000 yang diusahakan bersama oleh YADIM Sabah, Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan serta Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Yang Berhormat Tuan Haji Ruslan Muharram.
Penyerahan kunci kediaman ini pada 26 Mac disempurnakan Ahli Parlimen Sipitang, Yang Berhormat Tuan Haji Yamani Hafez Tan Sri Musa dan Tuan Haji Ruslan. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.
Junainah seorang ibu tunggal sejak 10 tahun lalu sebelum ini tinggal di sebuah pondok yang dhaif selama 15 tahun. Semoga kediaman baharunya memberikan sinar dalam hidupnya selepas ini.
Sebelum ini, YADIM Sabah juga terlibat sama mengusahakan projek Teratak Prihatin di Kampung Luagan Sanginan di sini dan Kampung Saab, Pitas.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *