Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama strategik dan cadangan penajaan program Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023. Pertemuan tersebut sedikit sebanyak telah merapatkan lagi hubungan strategik sesama organisasi di samping saling menyokong hasrat dalam mencapai hasil yang dihasratkan. Dalam […]

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i Quest Training & Consultant yang mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada 26 Mei. Takwim Islam bukan sekadar kalendar, malah mampu menjadi panduan ibadah serta membantu dalam pengurusan […]

YADIM bersama Bonda Tun Suzana

MENYEBARKAN Dakwah di negara ini dilaksanakan dengan sentiasa berpandukan Rukun Negara sebagai pegangan yang terpakai untuk semua warganya. Tidak ketinggalan juga dengan pihak istana yang sentiasa melindungi kepentingan Islam di negara ini. Mengambil kita kepentingannya, YADIM pada 26 Mei mengadakan pertemuan dengan Bonda Tun Suzana Tun Haji Othman, seorang pakar yang banyak mengkaji dan menulis […]

Cadangan kerjasama Madani YADIM, SUARA

MELESTARI Gerakan dakwah dilaksanakan secara bersama dengan rakan rakan strategik seluruh negara. YADIM sentiasa mengalu alukan hasrat pihak yang ingin bekerjasama dengan kami. Pada 17 Mei, YADIM dikunjungi Pertubuhan Suara Kebajikan Rakyat Aman (SUARA) yang berhasrat untuk bersama badan dakwah ini untuk memberi penerangan dan mengukuhkan kefahaman masyarakat mengenai Aspirasi Malaysia Madani. Kedatangan SUARA ke […]

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat

PUTRAJAYA: Bengkel Permunian Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat telah diadakan di Bilik Latihan YADIM pada 18 Mei 2023 bersama para penyelidik yang terdiri daripada pelbagai Institusi Awam/Swasta. Bengkel ini diketuai oleh Prof Madya Dr. Mariam Binti Ab.Majid dari Universiti Islam Selangor (UIS). Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membuat penambahbaikan Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah […]

Kerjasama MAIWP – YADIM dipererat

HUBUNGAN Baik antara YADIM dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak sekian lama telah memberi manfaat untuk pelbagai lapisan masyarakat, khususnya di Kuala Lumpur dan Labuan. Program golongan gelandangan, sumbangan untuk penghuni Anjung Singgah dan kelas kelas Fardhu Ain di Projek Perumahan Rakyat merupakan sebahagian inisiatif yang dianjurkan bersama oleh kedua organisasi ini. Di […]

Dapatkan buku Kerahmatan Islam dan Fenomena Terorisme di PBAKL 2023

YADIM Telah menjalin kerjasama dengan Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (KUSM) menerusi pelbagai bidang seperti penerbitan, penyelidikan dan pendidikan sejak 2018. Antara hasil kerjasama tersebut yang bakal membawa manfaat dan menemui masyarakat ialah terjemahan buku Kerahmatan Islam dan Fenomena Terorisme dalam bahasa Malaysia. Ia adalah karya ulama kotemporari dunia, Prof. Dr. Ali Muhyiddin Al-Qarahdaghi, yang mempunyai […]

MAPIM sedia sama turun padang

“Berat… Tetapi saya bersedia untuk membantu, yang saya berhajat dengan YADIM ialah sinergi. “Bila bila yang rasa kita boleh bersama, mari, tapi kita kena segera,”. Demikian kata kata ringkas namun cukup bemakna daripada seorang lagi tokoh yang berkunjung ke YADIM pada 10 Mei. Siapa yang tidak kenal Cikgu Azmi Abdul Hamid. Bukan sahaja sebagai aktivis […]

Cadangan kerjasama YADIM – GISB

GISB Holdings dikenali ramai sebagai sebuah syarikat yang memiliki pelbagai cabang perniagaan dan mempunyai rangkaian bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara seperti Australia, United Kingdom. Justeru apabila mereka mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus  pada 10 Mei, kami gembira apabila mereka berhasrat meneroka peluang dakwah dan ekonomi bersama […]

Brainstorming ADMY 2023

Akademi Daie Muda YADIM yang kembali pada Julai ini bakal membawakan cabaran baharu untuk para pesertanya. Mungkin ada perubahan konsep tahun ini ? Cabaran bagaimana yang bakal dihadapi DMY kali ini ? YADIM dan TV Al Hijrah melakukan sesi ‘brainstorming’ pada 9 Mei bagi memastikan DMY kali ini benar benar merupakan mereka yang layak berada […]