Khidmat bakti Sukarelawan YADIM Kuala Langat

SIJANGKANG – Lensa sekitar khidmat bakti Sukarelawan YADIM Kuala Langat di Kampung Kebun Bharu dan Sijangkang pada 13 Jun. Bertindak selepas menerima maklumat awam, masing masing tiga keluarga di Kampung Kebun Bharu dan tiga lagi di Sijangkang menerima sumbangan barangan keperluan harian. Kesemua yang dibantu mengidap masalah kesihatan dan kewangan. Setiausaha SAY Kuala Langat, Puan […]

YADIM, Nurflix pererat kerjasama dakwah

PUTRAJAYA – Capaian dan pengaruh media yang semakin luas hari ini menjadikannya sebuah paltform terbaik untuk melaksanakan tugas dakwah. Peluang ini sentiasa cuba digunakan YADIM bagi tujuan melestari gerakan dakwahnya. Justeru menerusi rakan startegiknya seperti Nurflix, badan dakwah ini mempelbagaikan pendekatan dakwah agar ia dapat mencapai sasarannya. YADIM dan Nurflix juga setuju untuk mengeratkan lagi […]

Edaran naskhah Sirah Nabawiyyah sekitar Puchong, Selangor

LENSA Penyerahan naskhah Sirah Nabawiyyah SAW terbitan YADIM di sekitar Puchong, Selangor pada 8 Jun. Naskhah diterima oleh Akademi Tahfiz Nurul Quran yang diwakili oleh Pengerusinya, Dato Haji Latif Mohd Ali, Puan Umi Hayati (Pengarah Pentadbiran Maahad Tahiz Al-Shareef) dan Ustaz Muhamad Fikri Mohamad Rusdi (Guru Al-Quran Maahad Tahfiz Pulau Meranti). Tidak ketinggalan ialah Ustaz […]

Kunjung Hormat  Majlis Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MPSMKA)

PUTRAJAYA – Dengan hasrat melahirkan calon yang mampu meraih keputusan cemerlang, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MPSMKA) mencadangkan pelaksanaan Kem Jawahir Mumtazah SMKA SABK untuk Calon A + SPM 2023 dengan kerjasama YADIM. Penganjuran program ini dilihat mampu memberi momentum yang diperlukan, apatah murid-murid yang terlibat adalah anak-anak Muslim yang bakal mewarisi negara ini. […]

Seminar Peradaban Islam Dalam Ketamadunan Malaysia Siri 2/2023.

GEORGETOWN – Tidak mahu ketinggalan dalam memperkasa pembangunan sumber manusia di Pulau Pinang, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) pada 6 Jun menganjurkan Seminar Peradaban Islam Dalam Ketamadunan Malaysia Siri 2/2023. Diadakan dengan kerjasama Al Hadi Centre dan YADIM, lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar KITAB dan komuniti sekitar menyertainya. Pengisian mengenai kepentingan sumber manusia antaranya […]

Yadim angkat agenda perangi rasuah, seru semua pihak bersama

SHAH ALAM – Bagi menjayakan misi Malaysia Tanpa Rasuah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mengangkat agenda memerangi perbuatan jijik itu sebagai salah satu teras perjuangan yayasan tersebut. Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, untuk itu pihaknya meningkatkan kerjasama ke arah itu, termasuklah bersenergi dengan Rasuah Busters. Katanya, misi itu tidak akan menjadi realiti […]

Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-Kanak YADIM

KUALA LUMPUR – YADIM pada 3 Jun melancarkan empat judul buku baharu terbitannya yang dilihat mampu menarik minat pembaca, khususnya kalangan generasi muda di negara ini. Ia disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im Haji Mokhtar di sini, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala […]

YADIM terima 12 ALPA baharu

PUTRAJAYA – Seramai 12 individu profesional berkelayakan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) baharu YADIM  bagi memacu dan memperkasa inisiatif melestari gerakan dakwah badan ini. Lantikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini adalah berkuatkuasa pada 3 Mei 2023 untuk selama dua tahun. Dua belas orang lantikan ALPA berkenaan ialah […]

Gandingan YADIM, Rasuah Busters cegah rasuah di semua peringkat

PUTRAJAYA – Gejala rasuah jika tidak dicegah boleh membarah dan merosakkan sistem dan keharmonian negara. Melihat ini sebagai satu ruang dan peluang yang perlu dibasmi menerusi jalan dakwah, YADIM meninjau beberapa peluang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan Rasuah Busters bagi mencapai tujuan berkenaan. Beberapa program yang boleh dijalankan bersama dengan segera, dikenalpasti untuk dilakukan dalam […]

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur. Antara objektif utama pertemuan ini adalah bagi membincangkan kerjasama strategik YADIM dan YPM khususnya penganjuran program yang melibatkan pelajaran serta Rakan Siswa YADIM. Mewakili YPM dalam sesi perbincangan ialah Encik Mohd Amran Mohd […]