Home » Citra Yadim » Tahlil, doa selamat serta tausiah Tahun Baru Hijrah di INDAH

Tahlil, doa selamat serta tausiah Tahun Baru Hijrah di INDAH

INSTITUT Latihan Dakwah YADIM (INDAH) telah menganjurkan majlis tahlil dan doa selamat serta tausiah sempena Tahun Baru Hijrah pada 3 Ogos.
Bertempat di Surau Al Falah di INDAH, majlis ini dihadiri 14 orang Ketua Kampung Mukim Hulu Langat serta jawatankuasanya, komuniti Orang Asli Pangsun dan 40 penduduk masyarakat sekitar.
Mereka memberi maklumbalas yang positif terhadap usaha YADIM ini dan berharap program sebegini terus diadakan pada masa hadapan.
Program ini merupakan inisiatif INDAH bagi menyantuni masyarakat sekitar. Usaha sebegini akan diteruskan dengan pengisian dakwah secara bersiri melibatkan wakil-wakil setiap kampung bagi membentuk masyarakat yang memahami dan mengamalkan ajaran Islam sebenar.
Pengisian utama program, tausiyyah sempena Maal Hijrah telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Mirzan Abdul Majid dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Penghulu Mukim Hulu Langat, Encik Norezudin Kamaruddin dan Pengarah INDAH, Encik Mohd Fitri Aziz Yusof turut hadir ke majlis ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *