Home » Citra Yadim » Tahsin Ibadah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Dungun

Tahsin Ibadah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Dungun

KUALA DUNGUN – Dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Dungun, YADIM Terengganu menganjurkan program Tahsin Ibadah (Solat) pada 5 Disember.

Seramai 51 orang peserta  hadir mengikuti program ini yang diadakan di pusat aktiviti tersebut. Mereka begitu teruja dan bersemangat dalam mengikuti program yang dianjurkan.

Program ini diisi dengan slot bicara dakwah dengan tajuk ” Rukhsah Dalam Solat” yang disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Mohamad Nurul Iman Ab Latif. Turut diadakan sesi Kuiz Sirah Nabawiyyah berkisar penjalanan dan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin, program sebegini dapat memberi penerangan yang terperinci tentang ibadah solat dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepentingan solat yang wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan.

Pengerusi PAWE Daerah Dungun pula, Encik Abdullah Mustaffar merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YADIM kerana memilih PAWE pada program hari ini.

Ujarnya, program keagamaan tersebut amat bermanfaat dan bermakna kepada para peserta warga emas.

PAWE yang berada dibawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat  merupakan pusat sehenti bagi warga emas dengan dilengkapi peralatan senaman, pentas acara, dapur dan ruangan kosong yang selalunya dijadikan tempat untuk aktiviti keagamaan seperti usrah dan mengaji.

Hadir sama mengikuti program ini, Penyelaras PAWE Daerah Dungun, Encik Mohd Fauzi Abdul Fatah.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *