Home » Aspirasi » Muazin Masjid Negeri Selangor juara tilawah al-Quran Braille

Muazin Masjid Negeri Selangor juara tilawah al-Quran Braille

KUALA LUMPUR – Muazin Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohamad Syafiizwan Mohd Suhaini muncul juara qari Majlis Tilawah Al-Quran Braille (MTQB) 2022 yang disertai 32 peserta orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan.

Pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari Kapar, Selangor itu berkata, kecacatan penglihatan semenjak kecil bukan halangan membaca al-Quran.

Menurutnya, hampir setahun masa diambil untuk mempelajari dan mengenali kod Braille dalam al-Quran selain didedahkan dengan bacaan taranum seawal usia tujuh tahun.

“Waktu kecil, ayah saya, Mohd Suhaini Misbah, 60, ada beli kaset bacaan ayat al-Quran dan menyebabkan saya makin berminat.

“Saya pernah menyertai beberapa pertandingan tilawah atas dorongan ibu bapa dan guru,” katanya pada majlis penutup MTQB 2022 di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Perasmian penutup disempurnakan Pengarah Kanan Bahagian Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr Muhammad Yamin Ismail.

MTQB 2022 dianjurkan Yayasan Maghfirah (YM) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis). – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *