Home » Langit Terbuka » Tak halal ambil bantuan mangsa banjir

Tak halal ambil bantuan mangsa banjir

KUANTAN, 3 Jan -- Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (duduk,kiri) menziarahi Mohd Afif Abd Razak,32 (dua,kanan) dan isteri Intan Fazwani Che Zainol, 33 (duduk,dua, kiri) yang menunggu jenazah anak mereka Muhammad Faris Aqeel Mohd Afif,7, di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) malam ini. Muhammad Faris Aqeel lemas di longkang sawah padi di Kampung Padang Jaya, Sungai Lembing pada pukul 6 petang hari ini. -- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA ROMPIN 3 Jan. – ​Agihan ​bantuan kepada mangsa banjir perlu adil ​supaya ​tidak berlaku ​ada mangsa yang layak tercicir daripada bantuan disediakan.

Pemangku ​Raja​ Pahang, Tengku Mahkota ​Tengku ​Abdullah Sultan Ahmad Shah ​bertitah,​ semua pihak terlibat termasuk NGO dan parti politik ​perlu ​bekerja sebagai satu pasukan supaya tidak ​berlaku pertindihan ​dalam aspek ​bantuan ​dan tidak ​merugikan masa​.

Baginda turut men​gingatkan agar ​bantuan yang disalurkan untuk mangsa banjir hanya diberikan untuk golongan itu sahaja.

“Tidak kira makanan atau sebagainya, janganlah ada pihak ambil kesempatan, jika perkara seperti ini terjadi maka dari segi agama ia tak halal.

“Hak orang lain, ia untuk mangsa dan keluarganya yang merupakan mangsa banjir, jika ambil juga bawa balik tentu tidur tak nyenyak,” titahnya ketika melawat dan menyampaikan bantuan kepada 63 daripada 16 keluarga mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Sepayang, di sini, hari ini.

Hadir sama mencemar duli Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin; Adun Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain; Adun Muadzam Shah, Datuk Seri Maznah Mazlan dan Adun Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.

Dalam pada itu, baginda turut menegaskan keutamaan perlu diberikan kepada mangsa banjir kerana mereka  tertekan menghadapi bencana yang ada sebahagiannya melaluinya setiap tahun.

“Saya merasai kesusahan mereka, kita berilah bantuan yang termampu, saya juga mengalu-alukan pihak swasta dan individu yang mahu memberi bantuan,” titahnya lagi.

Dalam memastikan tiada wabak penyakit berlaku, baginda menasihatkan mangsa banjir agar menjaga kebersihan di PPS dan menggesa pihak Jabatan Kesihatan membuat pemantauan.

Baginda turut memuji pihak kerajaan negeri yang tahun demi tahun melakukan penambahbaikan dari segi persiapan dan menyediakan SOP yang baik serta berkesan.

“Kita akan terus perbaiki sistem yang ada agar semua pihak khususnya mangsa banjir berasa lebih selesa dan selamat,” katanya.

​Sehingga jam 12 tengahari ​tadi seramai 633 mangsa daripada 168 keluarga ​di daerah Rompin berada di sembilan pusat pemindahan sementara.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *