Home » Citra Yadim » Tak mahu selamanya menjadi asnaf

Tak mahu selamanya menjadi asnaf

BUKIT BERUNTUNG – Nama Dinie Juri tidak asing lagi dalam industri seni tanah air.

Terkenal sebagai penulis lirik, pelakon, kartunis dan sebagainya, Dinie Juri pernah gah satu ketika dahulu.

Namun sebagai anak seni dan dirinya yang kini warga emas, beliau juga terkesan dengan penularan Covid-19.

Malah, akibat diserang penyakit mata sebelum ini, memburukkan lagi keadaan beliau, hingga menjejaskan punca pendapatannya.

Prihatin dengan keadaan beliau, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, dengan kerjasama Kelab Bank Islam pada 9 Oktober telah bekerjasama menyantuni warga seni ini di kediamannya di sini.

Sumbangan barangan makanan dan wang tunai diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Dinie Juri.

Hadir sama ialah wakil daripada Kelab Bank Islam.

Ceria dengan kehadiran YADIM dan Bank Islam, Pak Dini menegaskan beliau tak mahu terus kekal sebagai asnaf, sebaliknya mahu segera bangkit berdikari.

Beliau sudi bekerjasama dengan mana mana pihak bagi memanfaatkan bakat seni yang dimilikinya.

YADIM juga menawarkan untuk bekerjasama dengan beliau menerusi penglibatan dalam program badan dakwah ini, terutamanya ketika Bulan Dakwah 2.0 yang kini sedang berlangsung.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *