Home » Citra Yadim » Ini sebahagian hidup….

Ini sebahagian hidup….

SETAPAK – “Kita bukan nak jadi seperti ini, tapi ini sebahagian daripada hidup.

“Siapa yang mahu begini….,

“Saya memang kerja buat lagu, jadi susah kalau hendak tukar karier,” ujar artis yang cukup popular dahulu, To’ki ketika ditemui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di kediamannya di sini.

To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur disantuni dalam program Musa’adah Covid-19 anjuran bersama YADIM dan Kelab Bank Islam.

Beliau menerima barangan makanan dan wang tunai dalam kunjungan ini.

Hadir mengunjungi beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengurus Pengguna Kuala Lumpur Bank Islam, Ismail A Ghani, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan Bank Islam, Siti Mahani Sh Ab Ghani.

Dalam pada itu, meskipun mengakui sedang melalui kesukaran dalam hidup, namun beliau kekal positif.

“Saya masih boleh buat lagu, kerjaya dalam bidang seni masih diteruskan.

“Saya boleh buatkan lagu untuk YADIM, bagitahu bentuk bagaimana

“Kita cuba bangkitkan kerohanian dalam jiwa pendengar, dakwah kena pelbagai ,” katanya yang tidak putus dengan senyuman dalam pertemuan ini.

Beliau juga teruja dengan tawaran YADIM untuk bekerjasama dengannya menerusi program program dalam Bulan Dakwah yang kini sedang berlangsung.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *