Home » Citra Yadim » <a href="https://www.yadim.com.my/v2/taklimat-khas-bersama-jawatankuasa-khas-ahli-lembaga-pemegang-amanah-unit-penyelidikan-dakwah/" title="Taklimat Khas Bersama Jawatankuasa Khas Ahli Lembaga Pemegang Amanah Unit Penyelidikan Dakwah
">Taklimat Khas Bersama Jawatankuasa Khas Ahli Lembaga Pemegang Amanah Unit Penyelidikan Dakwah

Taklimat Khas Bersama Jawatankuasa Khas Ahli Lembaga Pemegang Amanah Unit Penyelidikan Dakwah

SELEPAS Dilantik menjadi salah seorang daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM, Datuk Dr. Harlina Siraj sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas ALPA Penyelidikan Dakwah telah hadir mendengar taklimat khas Unit Penyelidikan Dakwah yang disampaikan oleh Dr. Masitah binti Esa pada 6 Jun.

Turut hadir adalah Dr. Fatimah Syarha selaku Timbaan Pengerusi.

Mereka berdua telah dimaklumkan tentang perjalanan serta perancangan Unit Penyelidikan Dakwah YADIM seperti penganjuran program siri Seminar Peradaban Islam dalam Ketamadunan Malaysia, Penubuhan YADIM Research Management Centre, Halatuju Jurnal Dakwah YADIM dan Perjalanan Sidang Editorial Jurnal YADIM.

Taklimat khas ini adalah sebagai persediaan bagi mesyuarat kali Pertama Jawatankuasa ini yang dijadualkan pada Khamis 20 Julai 2023 yang turut dianggotai oleh 3 orang lantikan yang akan diumumkan nanti.

Datuk Harlina berpuas hati dengan perancangan dan perjalanan Unit Penyelidikan Dakwah setakat ini dan berharap agar kecemerlangan dapat diteruskan bagi memberi input yang terkini kepada perjalanan aktviti dakwah YADIM seterusnya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *