Home » Langit Terbuka » Takluk Malaysia dengan kerajaan Tuhan Israel – Pastor Afeef Halasah

Takluk Malaysia dengan kerajaan Tuhan Israel – Pastor Afeef Halasah

Petaling Jaya 5 Jun – Salah seorang Pastor yang bakal dijemput sebagai undangan program All Malaysian-Golden Gate Nation Revival Convocation (AMGRC 2017), Pastor Afeef Halasah, pernah menyeru kepada jemaah Kristian yang menghadiri khutbahnya di Sokogim, Petaling Jaya sebelum ini dengan seruan berikut :

“There are people who are called to be missionaries in other nations. Yet, the general Will of God for all of us in Malaysia is to invade this nation with the Kingdom of God. We are called to bring down God’s principles and cultures into Malaysia.”

Beliau menggesa supaya Jemaah Kristian yang menghadiri khutbahnya untuk bangkit bangun menjalankan usaha bersungguh-sungguh kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mendirikan Kerajaan Tuhan di Malaysia.

“And if that doesn’t happen, God will say, ‘Where is my Malaysian church? Where are my sons and daughters? Malaysia belongs to Me and I have given it to you to keep it for Me, to fill it with My glory and to establish My Kingdom.”

Selain Pastor Afeef Halasah, beberapa orang tokoh Kristian dari luar negara turut dijemput di dalam siri-siri AMGRC yang telah diadakan sebelum ini. Malaysia dimasukkan ke dalam senarai negara-negara yang diangkat sebagai negara Pintu Gerbang Emas (Golden Gate Nation).

Golden Gate Nations merupakan negara-negara yang disenaraikan sebagai mangkin yang perlu dikuasai bagi membuka jalan bagi kebangkitan Israel.

AMGRC telah dianjurkan beberapa kali di Malaysia. Pengerusi Penganjur konvokesyen kali ke 3 pada 2015, Rev. Agustine Saang, menyatakan bahawa antara tujuan konvensyen ialah untuk mempersiapkan jalan bagi bagi Raja Kemuliaan (Jesus Christ) kembali ke bumi. Penganjuran AMGRC kali ini mencetuskan kontroversi dan mengundang respons NGO-NGO Islam dan Melayu kerana tidak berpuas hati dengan pengisian dan hala tuju yang ingin dicapai.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka percaya program seperti ini mempunyai kaitan dengan gerakan evangelisme yang sedang marak di Malaysia.

“Program ini menjemput tokoh-tokoh Kristian dari luar negara bagi tujuan menghasut penganut Kristian Malaysia untuk mendokong gerakan Zionisme dan mengkelam-kabutkan keharmonian dan kedamaian di Malaysia dan seterusnya menjadikan negara Islam Malaysia sebagai sebuah negara berorientasikan Golden Gate Christian bagi tujuan kebangkitan Israel yang tertekan.

Perkasa membantah sekeras-kerasnya program seumpama ini yang tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam dalam negara ini bahkan menghina umat Islam, mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkasa juga menggesa agar suatu siasatan yang rapi dapat dijalankan kerana program seumpama ini boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.” – https://www.menara.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *