Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan santuni masyarakat Orang Asli

YADIM Kelantan santuni masyarakat Orang Asli

KOTA BHARU 5 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan telah mengadakan program Ziarah Iman Ziarah Iman di perkampungan Orang Asli Handrop dan Pelug, Gua Musang, dalam usaha mendekati golongan berkenaan terutama yang baru memeluk agama Islam.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, dalam program berkenaan YADIM Kelantan telah mengadakan majlis ramah mesra bersama masyrakat Orang Asli sambil memberikan sedikit tazkirah kepada mereka.

“Tazkirah yang disampaikan adalah menyentuh mengenai bulan Ramadan dan ibadat puasa bagi memberikan motivasi kepada penduduk Orang Asli agar berusaha menjalani ibadah berkenaan dengan sebaik-baiknya,’’ katanya.

Di samping itu, beliau berkata, dengan mengadakan pertemuan dengan masyarakat Orang Asli akan dapat memberi peluang kepada YADIM Kelantan mengenal pasti permasalahan yang melanda mereka terutama dalam konteks melakukan ibadah.

Beliau berkata, adalah diharapkan melalui program ini akan dapat memberikan suntikan semangat kepada masyarakat Orang Asli terutama bagi mereka yang baru memeluk Islam untuk terus meningkatkan kefahaman agama Islam dari semasa ke semasa.

“Selain daripada aktiviti tazkirah turut diadakan adalah sumbangan berbentuk beras dan barangan keperluan kepada para penduduk bagi meringankan beban mereka untuk menyambut bulan Ramadan,’’ katanya.

Beliau berkata, turut diadakan adalah jamuan rakyat, bagi menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah di kalangan penduduk setempat dan kakitangan YADIM.

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *