Home » Langit Terbuka » Takziah, isteri kedua Opick meninggal dunia

Takziah, isteri kedua Opick meninggal dunia

Wulan meninggal dunia disebabkan mengalami masalah pengguguran kandungan semasa beliau sedang sarat mengandung lapan bulan.

WULAN Mayangsari, isteri Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenali sebagai Opick telah meninggal dunia semalam.

Ustaz Derry Sulaiman merupakan kawan kepada Opick memaklumkan, beliau mendapat kiriman Whats App dari Opick memberitahu bahawa isteri kedua penyanyi “Ubat Hati” tersebut telah meninggal dunia.

Menurutnya lagi, Wulan meninggal dunia disebabkan mengalami masalah pengguguran kandungan semasa beliau sedang sarat mengandung lapan bulan.

Lapor Tribunnews, sejak mengalami keguguran tersebut keadaan Wulan di tahap yang membimbangkan dan sering kali keluar masuk hospital bagi mendapatkan rawatan.

Kondisi Wulan yang semakin hari semakin teruk menyebabkan beliau hanya mampu bertahan sehingga semalam.

Jenazah telah disemadikan di kawasan perkuburan Cakung, Jakarta Timur sebelum Zuhur tengah hari tadi.

Berikutan itu, isteri pertama Opick, Dian Rositaningrum turut hadir melawat jenazah yang mengenakan pakaian berpurdah serba hitam turut membacakan Surah Yassin buat Wulan.

Terdahulu, Dian dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya setelah hampir 16 tahun hidup bersama di Mahkamah Jakarta Timur, pada 5 Februari 2018.

Keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan suaminya berpoligami tanpa izin. – tv14.com

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *