Home » Langit Terbuka » Taliban mahu damai, AS perlu keluar

Taliban mahu damai, AS perlu keluar

Tiga anggota Taliban berkawal di sebuah kawasan di Afgahnistan. Foto : www.hindustantimes.com

KABUL 15 Feb.- Kumpulan Taliban, dalam satu mesej luar biasa kepada Amerika Syarikat (AS) semalam, menegaskan hasrat untuk menamatkan konflik Afghanistan yang berlarutan selama 17 tahun melalui rundingan.

Mereka juga memberi amaran bahawa mesej itu bukannya menunjukkan kelemahan Taliban sebaliknya akan tetap meneruskan penentangan terhadap AS.

“Keutamaan kami adalah untuk menyelesaikan konflik di negara ini melalui rundingan damai.

“Tetapi, AS perlu menamatkan penjajahan mereka dan menerima hak Taliban untuk membentuk kerajaan dengan keyakinan daripada rakyat,” tegas kumpulan berkenaan.

Dalam kenyataan tersebut, Taliban tidak menyentuh mengenai serangan pada 27 Januari lalu di sebuah hotel dekat sini yang menyaksikan lebih 30 terbunuh atau serangan bom seminggu selepas itu yang mengorbankan lebih 100 nyawa.

Taliban sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap dua serangan itu.

Kumpulan itu memberitahu, AS belum terlambat untuk menyedari Taliban mampu menyelesaikan masalah di negara ini melalui dialog dan politik yang sihat.

“Ini (rundingan damai) bukannya sebab kami ‘keletihan’,” jelas kumpulan itu.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan menyatakan lebih 10,000 orang awam di negara ini terbunuh atau cedera dalam keganasan sepanjang tahun lalu.

Jumlah korban awam tahun lalu termasuk 3,438 terbunuh dan 7,015 yang cedera adalah sembilan peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. – REUTERS

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *