Home » Langit Terbuka » ‘Bila nak laksanakan pengambilan amah tanpa ejen?’ – MAMA

‘Bila nak laksanakan pengambilan amah tanpa ejen?’ – MAMA

Menurut Engku Fauzi, kos pengambilan amah sehingga kini mencecah RM18,000.

KUALA LUMPUR: Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) berharap kerajaan memperjelaskan kenapa cadangan pengambilan pembantu rumah asing tanpa melalui ejen yang sehingga kini masih belum dilaksanakan walaupun ia terkandung dalam Bajet 2018.

Presidennya, Engku Fauzi Engku Mohsein berkata, setakat ini, majikan di Malaysia masih bergantung kepada pihak agensi pembantu rumah asing untuk mendapatkan perkhidmatan tenaga kerja berkenaan.

“Ia (cadangan) itu bukan tidak berjaya, namun, ia tidak dijelaskan apa maksud tanpa agensi itu. Adakah kena bayar yuran atau kos-kos seperti mana sebelum ini?” katanya semasa dihubungi Astro AWANI.

Malah beliau melihat persetujuan mengenai cadangan itu hanya dibuat pihak Malaysia sahaja dan negara sumber seperti Indonesia masih bergantung kepada pihak agensi untuk menguruskan pengambilan amah warga mereka.

“Pihak Indonesia masih lagi memerlukan pengambilan pembantu rumah negara mereka melalui agensi mereka. Jadi, masihkah lagi perlu tanggung kos sebelum ini sebab tiada penjelasan?” ujarnya.

Mengulas lanjut, Engku Fauzi berkata, kos pengambilan amah sehingga kini mencecah RM18,000.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat Oktober lalu mengumumkan langkah kerajaan untuk memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen.

Selain itu, kerajaan juga akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya ia dapat dikurangkan pada masa depan. ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *