Home » Citra Yadim » Talk Pengurusan Organisasi Islam di APIUM

Talk Pengurusan Organisasi Islam di APIUM

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada 15 Jun telah dijemput memberi pengisian dalam program anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di sini.

Program Talk Pengurusan : Isu dan Cabaran Pengurusan Organisasi Islam itu merupakan julung kali diadakan oleh pelajar tahun dua Jabatan Syariah dan Pengurusan secara fizikal selepas tidak dapat berbuat demikian akibat kekangan Covid 19.

Selaku bekas pelajar di akademi ini, Tuan Kamarul berkongsi pengalaman dan pencerahan mengenai pelbagai aspek pengurusan organisasi Islam, terutamanya yang melibatkan YADIM ketika pandemik sebelum ini.

Antara yang disentuh beliau dalam perkongsian selama lebih sejam ialah ciri ciri sebuah organisasi Islam, etika serta tanggungjawabnya.

Hadir sama ke program ini ialah pensyarah mata pelajaran Sistem Pengurusan Islam pelaku penyelaras program, Dr. Nor ‘Azzah Kamri.

Bagi menjayakan program ini, YADIM juga menyumbang 60 pek makanan untuk pelajar selain sumbangan wang tunai.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *