Home » Langit Terbuka » Mufti Perlis mohon wujud polisi larang pekerja Muslim terbabit urusniaga arak

Mufti Perlis mohon wujud polisi larang pekerja Muslim terbabit urusniaga arak

Segala pekerjaan yang menyumbang kepada memudahcarakan penjualan dan pengambilan arak adalah merupakan dosa besar di sisi ajaran Islam. - Foto Arkib

KANGAR – Jabatan Mufti Perlis memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar dapat membuat polisi yang jelas melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, hal demikian kerana, segala pekerjaan yang menyumbang kepada memudahcarakan penjualan dan pengambilan arak adalah merupakan dosa besar di sisi ajaran Islam.

Beliau berkata, pihak Jabatan Mufti negeri terpanggil untuk memohon keputusan yang terbaik dari pihak KPDNHEP berkaitan keterlibatan orang Islam dalam perkhidmatan melibatkan minuman keras itu seperti arak yang berlaku di premis-premis perniagaan.

“Pihak kami berharap orang Islam di negara ini tidak dibabitkan dalam urusan perdagangan dan penggunaan membabitkan arak atau sekurang-kurangnya mempunyai ruang untuk tidak terbabit.

“Seperti mana yang pihak KPDNHEP maklum, arak itu memudaratkan dan haram bagi seorang muslim terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang membantu penjualan atau pengambilan arak,” katanya menerusi surat diutuskan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang dikongsikan di dalam status Facebooknya di sini semalam.

Tambah Mohd Asri, di dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW, seorang Muslim bukan sahaja tidak boleh meminum arak, bahkan haram melakukan tindakan atau aktiviti yang membantu pihak lain meminum arak.

“Justeru itu, pihak jabatan ini, sangat berharap agar Datuk Seri (Alexander Nanta Linggi) dapat memberi pertimbangan dalam hal ini.

“Segala perhatian pihak KPDNHEP dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *