Home » Langit Terbuka » Tapak perkuburan Islam baharu seluas 21 hektar di Nilai

Tapak perkuburan Islam baharu seluas 21 hektar di Nilai

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan telah membuat keputusan bahawa tapak itu dijadikan sebagai tanah perkuburan Islam dan tidak sesuai dibahagikan kepada semua kaum atau agama lain. - Foto Hiasan JAWI

SEREMBAN – Tapak perkuburan seluas 21 hektar telah disediakan untuk kegunaan umat Islam di Kampung Sungai Mahang, Batang Benar dekat Nilai di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J. Arul Kumar berkata, tapak perkuburan itu disediakan oleh pemaju Bandar Baru Nilai (BBN) sebagai salah satu syarat dalam memajukan projek tersebut.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan bahawa tapak itu dijadikan sebagai tanah perkuburan Islam dan tidak sesuai dibahagikan kepada semua kaum atau agama lain.

“Ini kerana keadaan tapak perkuburan ini terbahagi kepada tiga kawasan, iaitu zon 1 melibatkan kawasan bukit seluas 7.6 hektar, zon 2 kawasan rata seluas 10.9 hektar dan zon 3 kawasan cerun seluas 2.4 hektar.

“Keadaan kawasan ini menyebabkan sukar untuk dibahagikan tapak perkuburan untuk semua kaum dan agama kerana bakal menimbulkan rasa tidak puas hati kelak,” katanya dalam lawatan ke tapak perkuburan berkenaan hari ini (9 Ogos).

Oleh itu, Arul Kumar memberitahu, sebagai alternatif kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk mengenalpasti tanah seluas kira-kira 8 hektar di kawasan berhampiran untuk dijadikan sebagai tapak perkuburan bukan Islam bagi kawasan Nilai.

Beliau berkata, dengan adanya sebidang tanah lain untuk tapak perkuburan bukan Islam di kawasan Nilai, ia akan menyelesaikan isu kekurangan tanah perkuburan untuk mereka. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *