Home » Langit Terbuka » Tarawih: Selangor larang guna khidmat imam luar negara

Tarawih: Selangor larang guna khidmat imam luar negara

Pentadbir masjid, surau dan musolla di Selangor perlu menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini. - Foto ISMA
SHAH ALAM: Pentadbir masjid, surau dan musolla di Selangor perlu menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini.
Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.
Menurutnya, khidmat imam luar negara tidak dibenarkan melainkan telah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah atau ayat-ayat pendek.
“Pelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak melebihi 20 minit,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, pelaksanaan solat fardu, solat Jumaat dan aktiviti program melibatkan masjid dan surau dibenarkan dengan kapasiti penuh mengikut syarat ditetapkan.
Tambah beliau, berikutan peralihan fasa endemik Covid-19 yang sedang dilalui ketika ini, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
“Pihak pentadbir masjid, surau dan musolla serta jemaah digalakkan untuk memakai pelitup muka.
“Selain itu, individu yang mempunyai gejala atau kurang sihat tidak digalakkan hadir ke masjid dan surau,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *