Home » Citra Yadim » Bersukan pun boleh solat

Bersukan pun boleh solat

DUNGUN – Beriadah dan bersukan bukanlah halangan untuk menunaikan solat lima waktu dengan sempurna.

Atas tujuan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu mengadakan program
dakwah komuniti secara pakej dengan 16 pengisian program dakwah untuk pelbagai lapisan masyarakat termasuk melalui sukan.

Bertempat di Felda Jerangau, di sini telah berlangsung acara Sukan Mahabbah di Padang Bola Felda Jerangau bersebelahan Masjid Muhajirin di sini pada 22 Oktober.

Pelbagai aktiviti sukan diadakan termasuklah Tendang Penalti, Timang Bola Takraw, Bowling Padang, ‘Passing’ Tepung, Cari Gula-Gula Dalam Tepung dan Tiup Belon yang bermula dari jam 3 hingga 6 petang.

Sebagai memenuhi tujuan utama program para peserta diajak untuk menunaikan solat Asar berjemaah di padang.

Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Saiadin dan Sukarelawan YADIM sebelum itu menunjukkan cara berwuduk dengan hanya menggunakan air daripada botol kecil air mineral sahaja.

Program ini adalah sebahagian daripada acara Komuniti Sejahtera Darul Iman di Hatiku (KOSDI)@ Dungun, yang merupakan pengisian Bulan Dakwah 2.0 YADIM Terengganu.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *