Home » Langit Terbuka » Tekanan berterusan rakyat berkait derita Palestin cetus mesyuarat khas UNGA malam ini

Tekanan berterusan rakyat berkait derita Palestin cetus mesyuarat khas UNGA malam ini

Menteri Luar berkata, keputusan UNGA juga antara lain hasil daripada desakan pemimpin tiga negara Asean – Malaysia, Brunei dan Indonesia berhubung isu Palestin baru-baru ini. - Foto Ruptly TV

PETALING JAYA – Susulan desakan dan tekanan berterusan rakyat Malaysia mengenai kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat akan memanggil satu sesi khas Perhimpunan Agung PBB (UNGA) malam ini.

Menteri Luar, Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata mesyuarat khas itu akan membahaskan situasi terkini di Timur Tengah serta nasib Palestin.

“Alhamdulillah, usaha berterusan rakyat Malaysia menekan komuniti dunia serta mengecam kekejaman rejim Zionis Israel secara maya tidak sia-sia.

“Keberkesanan desakan dan tekanan yang dilakukan Malaysia ini turut diakui sendiri Presiden Persatuan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) yang menyatakan rakyat Malaysia berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Israel,” katanya dalam catatan di Facebook.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, keputusan UNGA juga antara lain hasil daripada desakan pemimpin tiga negara Asean – Malaysia, Brunei dan Indonesia – baru-baru ini.

“Inilah kekuatan apabila semua memainkan peranan dan bersatu padu – di pihak kementerian saya, Kementerian Luar Negeri menggunakan setiap ruang bagi mendapatkan resolusi kolektif organisasi pelbagai hala.

“Ini termasuklah desakan tegas kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar berhenti membisu sebaliknya bertindak segera mengikut enam syor Malaysia serta menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengkaji semula perancangan menempatkan pasukan bersenjata PBB bagi melindungi rakyat Palestin,” katanya.

Katanya, UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang atas sebab kuasa veto satu negara.

“Seperti saya sebut sebelum ini, kekurangan azam politik organisasi pelbagai hala ini tidak boleh terus dijadikan alasan untuk mengabaikan tindakan penjajahan Zionis Israel yang semakin berleluasa.

“Cukup-cukuplah masyarakat antarabangsa berdiam diri. Apa yang berlaku sekarang jenayah perang. Apa yang berlaku sekarang ialah jenayah terhadap kemanusiaan. Ia mesti dikecam dan dihentikan,” tegas beliau. – FMT

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *