Home » Langit Terbuka » Tempoh tunggu haji dipendekkan 13 tahun

Tempoh tunggu haji dipendekkan 13 tahun

KUALA LUMPUR 27 Mac – Tempoh menunggu untuk menunaikan haji bagi rak­yat Malaysia kini menjadi 89 tahun iaitu dipendekkan 13 tahun berikutan penambahan kuota haji kepada 30,200 orang tahun ini berbanding 27,900 orang sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tempoh menunggu kepada 2.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebelum ini adalah 102 tahun.

“Kita mempunyai keseluruhan pendeposit Tabung Haji lebih sembilan juta orang dan kira-kira 2.5 juta pendeposit telah tersenarai untuk pergi haji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) berkenaan tempoh menunaikan haji dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, kerajaan masih mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 meskipun kos sebenar haji ketika ini adalah lebih RM14,000.

Beliau memberitahu, kadar hibah sebanyak 4.25 peratus serta tambahan 1.5 peratus kepada pendeposit belum pernah menunaikan haji yang diagih­kan Tabung Haji adalah lebih kompetitif dibandingkan dengan simpanan di institusi perbankan Islam lain.

“Jumlah keseluru­han hibah yang diagihkan Tabung Haji adalah sebanyak RM2.88 bilion kepada pendeposit untuk 2016.

“Simpanan di Tabung Haji adalah dijamin kerajaan dan pemberian hibah telah mengambil kira 2.5 peratus bayaran zakat Tabung Haji sebanyak RM60.3 juta,” jelasnya.- https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *