Home » Citra Yadim » Temui YADIM di PBAKL 2019

Temui YADIM di PBAKL 2019

PUTRAJAYA – Kepada peminat buku buku terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), anda berpeluang mendapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 yang akan berlangsung pada 29 Mac hingga 7 April ini.

Temui YADIM di gerai nombor 3149 di Dewan Tun Razak 3 di sepanjang PBAKL 2019 berlangsung nanti.

Terdapat 68 buah judul buku dibawa khas untuk pembaca setia buku buku YADIM yang meliputi pelbagai genre seperti muamalah, akidah, tokoh Islam, cerpen, novel remaja dan sebagainya, dengan tawaran diskaun sehingga 70 peratus untuk produk dan buku buku terpilih.

Buku paling laris, Sirah Nabawiyah juga akan boleh didapati di gerai YADIM kelak. Buku buku lain boleh didapati pada harga serendah RM1. Terdapat juga buku untuk bacaan kanak-kanak yang menarik untuk membudayakan sifat suka membaca dari awal usia. Begitu juga buku-buku yang bertulisan Jawi, yang sesuai untuk memupuk minat anak-anak mempelajari tulisan berkenaan.

Selain penjualan buku, YADIM juga akan mengadakan kuliah ilmiah Halaqah At Ta’lim bersama Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin di gerainya pada 2 April (Selasa) jam 11 pagi.

Sepanjang PBAKL, gerai YADIM akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *