Home » Langit Terbuka » Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza

Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza. - Foto

LANGKAWI – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza.

“Serangan balas kalau dia (Israel) buat tentu lebih teruk daripada apa yang terkena kepada Israel. Itulah cara Israel, dia lebih ‘terrorist’ daripada orang lain.

“Kalau kena kepada dia (Israel), dia ambil tindakan yang cukup ganas. Ini saya yakin akan berlaku, kita memang perlu menentang tindakan tersebut walaupun kita sendiri percaya bahawa keganasan tidak akan selesaikan masalah di situ,” katanya ketika diminta mengulas mengenai serangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat beberapa pemimpin industri pertahanan sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC), di sini.

Media antarabangsa melaporkan, satu serangan terkena kedudukan tentera laut Hamas di barat Gaza dan satu lagi terkena kem latihan besar Hamas di utara bandar itu, pada Selasa.

Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Industri Aeroangkasa Korea iaitu Jo Won Kim, Presiden Industri Pertahanan Turki Prof Dr Ismail Demir serta Penasihat Keselamatan kepada Perdana Menteri Bangladesh Mejar Jen (B) Tarique Ahmed Siddique.

Ketiga-tiga kunjungan hormat berkenaan berlangsung selamat 10 hingga 20 minit di pejabat beliau di MIEC yang antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan LIMA’19.- Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *