Home » Langit Terbuka » Tengku Abdullah dukacita perpaduan rakyat kian rapuh

Tengku Abdullah dukacita perpaduan rakyat kian rapuh

Tengku Abdullah dan Liow bertemu rakyat pada majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda Mempaga, 7 Mei. – foto BERNAMA

BENTONG: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan keadaan perpaduan rakyat pada masa kini yang dilihat semakin rapuh disebabkan perbezaan ideologi politik.

Tengku Abdullah bertitah rakyat di negara ini yang terdiri pelbagai kaum yang selama ini hidup rukun dan damai kini dilihat cuba membawa haluan dengan cara tersendiri.

“Saya sedih apabila orang sekarang mempunyai pelbagai haluan fikiran… seharusnya kita sedar kita telah melalui susah payah ini bersama-sama sejak sekian lama,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dataran Felda Jaya, Mempaga, di sini, pada Isnin. Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam masa yang sama, baginda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan mencetuskan idea mewujudkan Felda bermula di Bilut pada 1956 semasa zaman Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan nenda baginda Sultan Abu Bakar.

Hasilnya kini terdapat sebanyak 116 Felda di Pahang yang telah memanfaat dan banyak membantu menaikkan taraf ekonomi bukan sahaja kaum Melayu, tetapi juga Cina dan India yang menjadi peneroka.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana beri peluang itu… tetapi jangan pula kita cepat tak ingat. Sekarang mereka (peneroka) hidup dengan lumayan sekali bukan sahaja generasi pertama, tetapi juga kedua diberi rumah dan kemudahan lain.

“Inilah perkara yang saya suka lihat dan dengar, anak-anak pun ada tempat untuk belajar. Jadi saya harap semua kekal muafakat antara satu sama lain,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut menasihati rakyat supaya bijak dalam menapis maklumat dan berita yang tersebar di media sosial terutamanya untuk mengelak terpedaya dengan dakyah dan berita yang tidak benar. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *