Home » Langit Terbuka » Terus pakai pelitup muka semasa solat berjemaah, tarawih

Terus pakai pelitup muka semasa solat berjemaah, tarawih

Jemaah ketika menunaikan solat terawih sentiasa memakai pelitup muka. - Foto Suara Merdeka

Kota Bharu – Rakyat Kelantan digesa untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat berjemaah dan solat sunat tarawih di masjid serta madrasah di seluruh negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pemakaian pelitup muka itu penting selepas tiada lagi penjarakan fizikal semasa menunaikan solat berjemaah.

“SOP ini penting dalam usaha membendung penularan jangkitan Covid-19,” katanya selepas merasmikan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Selasa malam.

Beliau turut menunaikan solat Isyak dan sunat tarawih bersama 500 jemaah yang hadir di Madinah Ramadan.

Solat tersebut diimamkan oleh Syeikh Hisyam Abdelbary Mohamad Rageh dari Mesir.

Ahmad berkata, ketidakpatuhan terhadap SOP berkenaan dibimbangi boleh menyebabkan berlakunya semula peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas negara beralih ke fasa endemik 1 April lalu.

“Jumlah kes aktif di negeri ini semakin menurun dan kita perlu terus patuh kepada SOP.

“Perlu diingat, kita masih belum menang dalam melawan Covid-19,” katanya. – Kumpulan Karangkraf

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *