Home » Langit Terbuka » Ihya Ramadan: MAIWP Agih RM9.46 Juta kepada Masjid dan Surau

Ihya Ramadan: MAIWP Agih RM9.46 Juta kepada Masjid dan Surau

YB Senator Idris Ahmad (tengah) menyampaikan bantuan Ihya Ramadan kepada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bagi menggerakkan aktiviti pengimarahan masjid dan surau dalam bulan Ramadan ini. - Foto AlHijrah

Kuala Lumpur – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengagihkan RM9.46 juta kepada 811 buah masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bagi program Ihya Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, bantuan Ihya Ramadan kepada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan itu bertujuan menggerakkan aktiviti pengimarahan masjid dan surau dalam bulan Ramadan ini.

“Masjid dan surau adalah jantung hati umat Islam,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Ujar Idris, penyerahan bantuan Ihya Ramadan itu antara perkara yang dilakukan MAIWP untuk mengagihkan zakat yang diterima daripada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.

“Untuk rekod, bermula 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022, sebanyak RM 89.47 juta zakat telah diagihkan menerusi pelbagai bantuan oleh MAIWP. Alhamdulillah,” katanya.

Selain itu Idris berkata beliau akan terus memastikan MAIWP dapat melaksanakan program-program agihan yang benar-benar dapat memberikan impak kepada penerimanya.

Pihak pengurusan MAIWP juga katanya telah digesa untuk agresif turun padang mencari para asnaf dan pihak yang memerlukan. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *