Home » Citra Yadim » Teruskan kolaborasi dengan agensi lain

Teruskan kolaborasi dengan agensi lain

KUALA LUMPUR, 9 September – Perhimpunan bulanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bagi bulan September merupakan perhimpunan terakhir YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Yang Dipertua Yadim. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Yadim pada 5 Jun 2013. Kini, beliau merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa 28 Ogos lalu.

Dalam ucapan beliau, Asyraf melahirkan rasa bersyukur kerana diberi peluang mentadbir Yadim yang sememangnya sangat dekat dengannya. Ini kerana sejak dari kecil, beliau telah merasai suasana di Yadim apabila ayahnya, Dato’ Dusuki Ahmad pernah berkhidmat sebagai Pengarah Yadim dari tahun 1976 hingga 1982.

Beliau sendiri tidak menjangka akan meninggalkan Yadim dalam tempoh yang singkat namun menerima ketentuan tersebut. Dalam tempoh 2 tahun ini, beliau berpuas hati kerana telah berjaya menempatkan Yadim di mata masyarakat dengan mengadakan pelbagai program seluruh negara.

Asyraf turut menekankan tentang kepentingan bekerja secara sinergi iaitu dengan mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi. Namun kolaborasi tersebut tidak boleh disertai dengan perasaan mahu menjadi ‘juara’atau menunjuk kehebatan kerana sikap rendah diri lebih disenangi oleh pihak lain. Malah, pihak lain akan berasa selesa dan berasa keberadaan mereka di dalam menjayakan sesebuah program.

“Saya berharap momentum ini dapat dikekalkan. Saya melihat sikap bekerja secara sendirian ini adalah antara masalah yang sering berlaku di agensi-agensi agama. Begitu juga Yadim. Oleh sebab itu, budaya sinergi ini harus diteruskan bagi mengukuhkan gerakan dakwah.”

“Selain itu, warga Yadim perlu kekal memahami fundamentalnya sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menyampaikan dakwah iaitu menyeru manusia kepada agama Allah. Pemahaman kepada tugas dan amanah ini perlu dijiwai oleh seluruh warga Yadim.”

“Kerja-kerja dakwah ini perlu diteruskan dengan memberi fokus terhadap tiga fungsi teras Yadim iaitu menyelaras kegiatan dakwah Islam, menjalankan kegiatan dakwah menerusi pendekatan sosial dan melahirkan pendakwah Islam yang berpengetahuan dan berkemahiran.” Kata beliau dalam perhimpunan yang dihadiri oleh lebih kurang 100 orang pegawai dan kakitangan Yadim di Dewan Muktamar, Pusat Islam.

Berkuatkuasa 1 Oktober, Dr Yusri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Yadim dilantik sebagai Yang Dipertua yang baharu.

datodrasyrafwajdi2 perhimpunanseptember2 perhimpunanseptember

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *