Home » Langit Terbuka » Tiada laporan MERS babitkan jemaah haji Malaysia

Tiada laporan MERS babitkan jemaah haji Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, walaupun terdapat 27 kes Pengesanan Kes Yang Disyaki bagi MERS yang telah dinotifikasi, namun kesemua pesakit disahkan bebas daripada jangkitan melalui ujian makmal yang dijalankan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes wabak Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) setakat ini membabitkan jemaah haji Malaysia yang pulang ke tanah air bermula 29 Ogos lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun terdapat 27 kes Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) bagi MERS yang telah dinotifikasi, namun kesemua pesakit disahkan bebas daripada jangkitan melalui ujian makmal yang dijalankan.

“Susulan tamat musim haji tahun ini, KKM mengingatkan agar jemaah yang telah kembali ke Malaysia sentiasa memantau kesihatan sendiri. Sekiranya mengalami gejala jangkitan respiratori seperti kesukaran bernafas, demam, batuk, selesema dan sakit tekak, sila dapatkan rawatan dengan segera dan maklumkan sejarah perjalanan ke Tanah Suci,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat dua kes positif melibatkan jemaah umrah dari Johor dan Selangor pada April 2014 dan Disember 2017.

“Jemaah yang tidak sihat juga diingatkan agar menutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin, mengehadkan pergaulan serta memakai penutup hidung dan mulut bagi mencegah penularan jangkitan MERS,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sejumlah 2,229 kes yang telah disahkan MERS termasuk 791 kematian dari 27 buah negara di seluruh dunia. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *