Home » Citra Yadim » “Tiada Yang Kita Punya”

“Tiada Yang Kita Punya”

KOTA KINABALU – Demikian tajuk
Forum Anjung At-taqwa @ Sabah FM yang bersiaran secara langsung melalui radio SabahFM dan FB SabahFM pada 13 Januari lalu.

Ia menampilkan panel Ustaz Mohd Ridzuan Kaplin, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Sipitang dan Pencetus Ummah Ustaz Azihal Bangsawan.

Penolong Pengarah YADIM Sabah,
Ustaz Ramlee Daud, merupakan moderator bagi program ini.

Forum ini turut dihadiri oleh Menteri Tugas-Tugas Khas (Agama) Sabah, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif.Turut hadir ialah wakil wakil agensi agama Islam negeri.

Forum ini adalah anjuran bersama RTM, YADIM Sabah dan jawatankuasa Masjid As-Sa’adah Kampung Pimping Membakut, lokasi program diadakan.

Sempena program ini, Datuk Haji Mohd Arifin juga menyampaikan sumbangan tahunan kepada empat buah sekolah agama negeri di sekitar Membakut dengan jumlah RM2,000 setiap sekolah.

Seramai 250 peserta hadir ke program ini mengikut SOP yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *