Home » Citra Yadim » Pek makanan untuk warga memerlukan di Sijangkang

Pek makanan untuk warga memerlukan di Sijangkang

TELOK PANGLIMA GARANG – Setiap Jumaat, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat akan mengagihkan pek makanan kepada warga yang memerlukan di daerah ini.

Terbaharu pada 14 Januari, inisiatif menyantuni rakyat ini dilaksanakan kepada penduduk di Kampung Medan dan Kebun Bharu di sini.

Sebanyak lapan keluarga di Kampung Medan disantuni dalam inisiatif ini manakala sebanyak 15 lagi di Kebun Bharu.

Pada hari yang sama, turut menerima agihan ialah anak anak yatim di Sekolah Kebangsaan Sijangkang dan di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim di sini.

Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan beberapa ahli jawatankuasanya turun padang menyampaikan agihan.

SAY Kuala Langat menyeru orang ramai, khususnya yang berkemampuan untuk turut sama menyumbang bagi menyantuni mereka yang memerlukan di daerah ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *