Home » Langit Terbuka » Tiangong-1 lintasi Malaysia awal pagi Jumaat

Tiangong-1 lintasi Malaysia awal pagi Jumaat

KUALA LUMPUR: Stesen angkasa Tiangong-1 milik China yang sedang jatuh ke bumi telah melintasi Malaysia selama 81 saat mulai 3.19 pagi Jumaat.

Dalam tempoh itu, ketinggiannya dijangka menyusut dari 182.462 km ke 182.407 km, menurut  ramalan terkini ‘re-entry’ stesen angkasa berkenaan yang dimaklumkan Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Dalam kenyataannya, Angkasa mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau mengambil sebarang objek mencurigakan disyaki daripada kejadian ‘re-entry’ itu.

Mereka turut digesa menghubungi talian kecemasan ‘999′ untuk melaporkan sebarang pemerhatian dengan memberi maklumat seperti lokasi dan masa, dan adalah lebih baik sekiranya rakaman video dibuat bagi membantu siasatan kelak, kata Angkasa.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Angkasa Dr Noordin Ahmad berkata kebarangkalian Tiangong-1 jatuh di Malaysia dianggarkan hanya 0.09 peratus berdasarkan keluasan negara.

“Angkasa mengambil langkah awal dengan memantau penyusutan ketinggian Tiangong-1 seawal November 2017,” katanya.

Majlis Keselamatan Negara turut bekerjasama dengan Angkasa untuk menghadapi sebarang kemungk

Maklumat lanjut boleh didapati di www.angkasa.gov.my.– Bernama

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *