Home » Langit Terbuka » Tidak perlu taksub dengan nasab keturunan nabi

Tidak perlu taksub dengan nasab keturunan nabi

SHAH ALAM – Tiada keperluan untuk umat Islam bertemu lelaki yang dikatakan nasab keturunan Nabi Muhammad SAW.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad, apa yang lebih afdal umat Islam mendidik anak mereka sayang kepada nabi, keluarga baginda dan membaca al-Quran.

“Tidak perlu kita tengok siapa dia. Benda-benda itu tidak perlu kita tengok.

“Ini disebabkan kita tidak pernah tengok keluarga dan isteri-isteri nabi. Kita perlu sayang dan tidak menghina mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek Peruntukan Kewangan Imam Bilal Dan Guru Takmir Dan Guru Kafa berjumlah RM51,984,816 kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sempena Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Terdahulu, media melaporkan individu bernama Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri membuatkan program beliau di Kedah, Terengganu, Kelantan dibatalkan.

Mengulas lanjut Idris berkata, pertemuan dengan nasab keturunan nabi tidak memberi kesan kepada sesiapa.

“Ia hanya menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dalam membicarakan isu ini.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan umat Islam untuk memahami Islam daripada asasnya. Yang penting kita sayang kepada nabi dan tidak menghina keluarga nabi, jangan menyusahkan ummah dengan polemik seperti ini,”katanya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *